JABATAN MUZIUM-MUZIUM
+673 2381672
jabatanmuziummuziumbrunei
Jabatan Muzium-Muzium Brunei
Monumen-Monumen
Monuments
Monumen-Monumen
Monuments
Makam Sultan Bolkiah (1485–1524)
Sultan Bolkiah merupakan Sultan Brunei yang ke-5, dikenali dengan nama “Nakhoda Ragam”. Semasa pemerintahan baginda, Brunei berada di zaman kegemilangan sehingga berjaya melebarluaskan jajahan takluk Brunei sehingga keseluruhan Pulau Borneo dan Selatan Filipina.
Makam Sultan Bolkiah yang dibuat daripada batu pasir telah memperlihatkan seni bina yang unik dan halus. Makam ini mempunyai lapan tingkat tambak dan dua nisan dengan ketinggian dari paras tanah ialah 156.7 cm, sementara panjang tambaknya 355.5 cm dan lebarnya 199.5 cm. Bahagian atas memperlihatan pola Mahkota yang dibaluti dengan Daun Selambar Basusun. Bahagian bahu nisan mengembang ke luar dengan ukiran Daun Setampik, Bunga Paip, Bunga Cangkih, dan Lalau Paria. Bahagian badan diukir dengan pelbagai hiasan bunga, antaranya Bunga Jambangan, Lalau Paria, dan Bunga Sakuntum, di samping motif Biji Mutiara dan Pola Bulan Purnama. Bahagian bawah memperlihatkan ukiran Daun Salambar Basusun dan Lalau Paria. Hiasan tambak memperlihatkan pelbagai jenis ukiran daun dan bunga tempatan, antaranya Bunga Paku-paku, Lalau Paria, Daun Lukut, Bunga Paip, Bunga Jambangan, Bunga Karamunting, Daun Satampik Basusun, Suganda, Salokan-Salokan dan sebagainya.
The Tomb of Sultan Bolkiah
(1485–1524)
Sultan Bolkiah, the fifth Sultan of Brunei, also known as "Nakhoda Ragam". The reign of Sultan Bolkiah witnessed the Golden Age of Brunei that wielded power over the whole Borneo and the Southern Philippines.
The tomb of Sultan Bolkiah, made of sandstone, displayed a highly skilled and unique work. This tomb comprised of eight levels of stone with two tombstones at the top. The tomb is 156.7 cm tall, 355.5 cm in length and 199.5 cm wide. Carvings on the top displayed the Royal Crown pattern wrapped with Daun Selambar Basusun. The tombstone expands outwards with Daun Setampik, Bunga Paip, Bunga Cangkih and Lalau Paria designs. A variety of floral motifs were engraved on its body such as Bunga Jambangan, Lalau Paria and Bunga Sakuntum along with Biji Mutiara and Pola Bulan Purnama carvings. The lower parts of the tombstone were carved with Daun Salambar Basusun dan Lalau Paria design. The lower layers of stones comprised of different types of local floral and leaf designs of such as, Bunga Paku-paku, Lalau Paria, Daun Lukut, Bunga Paip, Bunga Jambangan, Bunga Karamunting, Daun Satampik Basusun, Suganda, Salokan-Salokan and such.