top of page

Muzium Alat Kebesaran Diraja

Royal Regalia Museum

Usongan Diraja

Usongan Diraja ini digunakan semasa Istiadat Perarakan Diraja pada tahun 1968. Kenaikan ini dihias dengan Panji-Panji dan motif reka bentuk Negara Brunei Darussalam, dan ditarik oleh 40 Pengiran-Pengiran Kebanyakan yang berpakaian seragam hitam. Usongan Diraja ini juga digunakan semasa lawatan rasmi Queen Elizabeth II ke Brunei pada tahun 1972.

pic%201_edited.jpg

The Royal Chariot

The Royal Chariot was used during the Royal Procession in 1968.  Embellished with the country’s crest and local design motifs, it was carried by 40 Pengiran-Pengiran Kebanyakan all attired in black uniform. The Usongan Diraja was also used during the official state visit of Her Majesty Queen Elizabeth II to Brunei in 1972.

Sinipit

& Taming

Alat kebesaran ini dibawa oleh 40 orang pahlawan berpakaian istiadat seperampun merah yang mengiringi Usongan Diraja semasa Istiadat Perarakan Diraja pada tahun 1968. Sinipit adalah tombak dengan bendera merah, disahankan di bahu kanan manakala Taming adalah perisai. Ia melambangkan kesediaan rakyat untuk melindungi keamanan dan keadilan Negara ini.

Sinipit

& Taming

The Royal Regalia above is Sinipit & Taming (Decorated Spear & Shield), borne by 40 Pahlawan dressed in red during the Royal Procession in 1968. Sinipit, the spear, is carried in the right hand while the shield, Taming, is carried on the left. This regalia symbolizes the readiness to protect peace and justice in the country.

11_edited.jpg

Cangkah Biasa

Alat Kebesaran Diraja ini adalah dinamakan Cangkah Biasa dan dihiasi dengan ukiran berbentuk sakah-sakah. Cangkah ini dibawa oleh Pateh dan Damong semasa Istiadat Perarakan Diraja pada tahun 1968 dan ia juga digunakan semasa Istiadat Diraja yang lain seperti Istiadat Berpuspa dan Istiadat Perkahwinan bagi Sultan, putera-putera Sultan yang Gahara atau Wazir.

Cangkah Biasa

Cangkah Biasa is a two-pronged spear decorated in sakah-sakah and borne by court officials called Pateh and Damong during the Royal Procession in 1968. The Cangkah is also used during other royal ceremonies such as during coronation ceremonies and royal weddings for the Sultan, princes of the Sultan and the Wazir.

bottom of page