top of page

Muzium Maritim

Maritime Museum

KOLEKSI NADIR KAPAL KARAM: Brunei Tembikar Berbintik Emas

Tembikar jenis ini dianggap nadir dan unik. Hanya satu saja yang ditemui di dalam kargo Kapal Karam Brunei. Berbentuk labu air kembar, disaluti dengan glasir putih kebiru-biruan dan didekorasi dengan bitnik-bintik coklat kehitaman. Bekas air seumpama ini dihasilkan semasa Dinasti Yuan (1270-1368) dipercayai untuk kegunaan sebagai alat perkakas atau kepunyaan peribadi.

Tembikar Berbintik Besi

Iron Spotted Ware

RARE COLLECTIONS OF THE BRUNEI SHIPWRECK:

Iron Spotted Ware

This type of ware is considered to be rare and unique and only one was found among the cargo of the Brunei Shipwreck. It is a double shaped gourd, covered with bluish white glaze and decorated with blackish brown spots. This pouring vessel was produced during the Yuan Dynasty period (1279-1368) and believed to be used as a daily utensil or personal item.

Bekas Arak Tripod

Diperbuat daripada tembaga. Bekas ini berasal dari China dan bertarikh zaman Dinasti Shang abad ke 11 – 12 Sebelum Masihi. Bekas ini dikatakan ditemui di Sungai Butir, salah satu cawangan Sungai Brunei. Jika benar, ini merupakan temuan yang sangat penting dalam sejarah arkeologi di negara ini. Mungkin

bekas ini adalah koleksi pribadi seseorang dan bukan sebagai bekas untuk menyimpan arak sebagaimana kegunaan asal bekas ini. Sesuatu yang menarik ialah tempat dimana bekas ini dijumpai ialah berdekatan dengan tapak Terusan Kupang abad ke 8-10 Masihi. Terusan Kupang ialah tapak penempatan terawal di Negara Brunei Darussalam dan kaya dengan bahan-bahan tembikar China seawal zaman Dinasti T’ang abad ke 7-10 Masihi. Mungkin Sungai Butir ialah sebahagian daripada penempatan awal ini dan berkemungkinan juga

bekas ini adalah kepunyaan seseorang dari komuniti ini. Apa-apa pun, bekas ini merupakan temuan julung-julung kalinya pernah ditemui diNegara Brunei Darussalam dan ini adalah juga satu mistri arkeologi yang perlu kajian lebih lanjut lagi.

Bekas Arak Tripod

Bronze Tripod Ritual Wine Vessel

Bronze Tripod Ritual Wine Vessel

This vessel is believed to originate from China during the Shang Dynasty from the 11th-12th centuries B.C. The vessel was said to have been found in the Butir River, one of the tributaries of the Brunei River. If this statement is true, it will be one of the major archaeological discoveries in Brunei’s archaeological history. The vessel is thought to be a private collection item and not as a vessel for its original function to drink wine. An interesting point to mention; Butir is located near the Terusan Kupang site, dated from the 8th – 10th centuries A.D. The site is one of the earliest settlement sites in Brunei Darussalam and rich in Chinese ceramics as early as the T’ang Dynasty of the 7th to 10th centuries A.D. Butir was probably a part of the earlier settlement and hence the vessel might be owned by contemporary population. This discovery is the first of its kind in Brunei Darussalam and it is also a mystery that needs to be fully explored.

Perahu Temuai

Temuai merupakan perahu yang popular dan banyak digunakan di Daerah Temburong. Terdapat dua jenis Perahu Temuai iaitu Temuai yang mengunakan enjin dan temuai kayuh. Temuai kayuh merupakan Temuai jenis tradisional yang digunakan pada zaman silam.  Selain menggunakan pengayuh ia juga menggunakan tanggar.  Setelah enjin perahu mula diperkenalkan pada tahun 1950-an reka bentuk temuai berubah sedikit untuk menyesuaikan penggunaanya.

 

Di daerah Brunei Muara saiz perahu Temuai berbeza dengan saiz perahu temuai di Daerah Temburong. Temuai di Kampong Ayer bersaiz lebih besar dan di bina atap. Ianya sering digunakan sebagai pengangkutan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga untuk guru-guru yang mengajar di Kampong Ayer. Walaupun reka bentuk temuai berbeza di setiap daerah namun terdapat persamaan dari segi reka bentuknya di bahagian bawah dan caruk yang rata berbanding dengan perahu yang luncit di bahagian caruknya. Selain daripada untuk mengangkut penumpang temuai juga digunakan untuk menangkap ikan.

temuai%20(1)_edited.jpg

Perahu Temuai

Temuai Boat

Perahu Temuai

Temuai Boat

Temuai Boat

Temuai is popular and commonly use in the Temburong District. There are two Types of Temuai, which is propel by outboard engine and other type is by paddle (Temuai Kayuh). Temuai Kayuh is traditional type of Boat which was used since the early time and its was propelled by paddle as well as by tanggar (long stick). After the introduction of outboard engine in 1950s, the design has slightly changed to make way to accommodate functions.

 

In the Brunei Muara District, Perahu Temuai size is different with the Temuai in Temburong. The water village temuai are bigger and have permanent roofs because they are used to transport school children and teachers at primary schools in the Water Village. Even though the perahu Temuai are different from one district to another but there are similarities in terms of designs, for instance the lower parts are flat and the tip of the bow are straight as compared with other boats which have pointed bow. The Temuai is not only used to made transportation but also for fishing.

Perahu Jumpong

Perahu jenis ini boleh memuatkan seorang atau pun dua orang. Ia menggunakan batang kayu yang dikorek dengan menggunakan kapak dan beliung. Perahu jenis ini biasanya digunakan untuk menangkap ikan dan membubu udang di sungai-sungai.

Perahu Jumpong

Jumpong Boat

Jumpong Boat

This type of boat can accommodate one or two persons. This boat was made by digging large log using axe and adze. Usually this type of boat is used for fishing and catching prawn using prawn trap at the river.

Perahu Jumpong

Jumpong Boat

bottom of page