JABATAN MUZIUM-MUZIUM
+673 2381672
jabatanmuziummuziumbrunei
Jabatan Muzium-Muzium Brunei
Muzium Teknologi Melayu
Malay Technology Museum
Penduduk Kampong Ayer
Empat puluh tahun dahulu, lebih 30 ribu orang menetap di Kampong Ayer. Perpindahan penduduk di Kampong Ayer ke darat memberikan momentum beterusan sehinggan generasi pada masa ini. Statistik yang diberikan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi menunjukkan lebih daripada 13,000 penduduk telahpun berpindah dari Kampong Ayer ke darat dalam tempoh 30-40 tahun kebelakangan ini. Stuktur keluarga yang lazim di kalangan masyarakat adalah keluarga besar (tiga generasi). Corak keluarga ini berubah kepada keluarga inti (satu generasi) dan kebanyakan penduduk dinihari adalah warga emas.
Kampong Ayer adalah sebuah tempat bersejarah yang terletak di ibu negara, Bandar Seri Begawan. Ia mempunyai 5 mukim dan sekitar 32 kampung yang mempunyai sekurang-kurangnya 4-7 kampung bagi setiap satu mukim. Sebelum proses penerapan nilai-nilai kehidupan moden dalam masyarakat di Kampong Ayer, banyak di antara penduduknya adalah nelayan dan padian (penjual buah-buahan dan sayur menggunakan perahu tradisi).
The People of Kampong Ayer
Fourty years ago, more than 30,000 people used to call Kampong Ayer as their home. The migration of Kampong Ayer residents to land continues to gain momentum among every generation. Figures from the Department of Economic Planning and Development showed that more than 13,000 people had moved out from Kampong Ayer in the span of 30 years. Most of the Malay community lived in Kampong Ayer is the Malay Brunei group with extended family (three generation) as the main family structure. The pattern had changed to small family or nuclear family (one generation) and most of them are senior citizen.
Kampong Ayer is a water village in Brunei Darussalam, located at the capital city, Bandar Seri Begawan. There are 5 small administrative districts (mukim) and out of 32 villages in Kampong Ayer, each mukim has 4 to 7 villages. Before modernisation, the Kampong Ayer community depended on fishing (nelayan), fruit selling and staple food by the women (padian).
Rumah Tradisi Puak Kedayan
Puak Kedayan adalah salah satu puak yang menetap di negara Brunei Darussalam. Keluarga Puak Kedayan mempunyai rumah yang diperbuat daripada alam semulajadi dari hutan. Pada lazimnya, sumber-sumber untuk pembuatan rumah tradisi adalah dari kayu pohon,buluh, ‘kayu nibung’ dan ‘kayu belian’. Ia mempunyai empat komponen utama iaitu bilik tidur, dapur, pantaran dan ruang tamu. Contoh rumah tradisi ini ada dipamerkan di Galeri 3 di Muzium Teknologi Melayu.
Sebelumnya kebanyakan komuniti Kedayan dapat diperhatikan di beberapa kampung utama di Daerah Brunei-Muara seperti Kampong Jerudong, Kampong Tanjung Nangka, Kampong Sengkurong, Kampong Tanjung Bunut, Kampong Kilanas, Kampong Pengkalan Batu and Kampong Bengkurong. Ada beberapa keluarga puak ini menetap di daerah yang lain seperti Daerah Temburong dan juga Daerah Tutong. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, ada pengkaji yang berpendapat bahawa Puak Kedayan ini adalah berasal daripada Jawa ketika pemerintahan Sultan Bolkiah dan mereka adalah komuniti yang mempunyai kemahiran dalam aktiviti bercucuk tanam.
Traditional house of Puak Kedayan
Kedayan is one of the ethnicities that can be found in the sultanate. Kedayan families lived in a settlement constructed using natural resources from forest. Normally, the resources for construction of traditional home are made from timber, bamboo, ‘nibung’ and ‘kayu belian’. It has four main components, bedroom, kitchen, verandah and living room. Sample of the house is exhibited in Gallery 3 of Malay Technology Museum.
Majority of Kedayan community lived in Brunei-Muara district, specifically around Kampong Jerudong, Kampong Tanjung Nangka, Kampung Sengkurong, Kampung Tanjung Bunut, Kampung Kilanas, Kampung Pengkalan Batu and Kampung Bengkurong. There are some Kedayan families who also live in Temburong and Tutong District. Based on local researches, Puak Kedayan originally came from Java during the reign of Sultan Bolkiah and they were considered to be skillful in farming activities.
Sejarah Pembuatan Perahu
Pembuatan perahu adalah salah satu aktiviti warisan di kalangan Melayu Brunei di Kampong Ayer. Penduduk di Kampong Ayer menjalankan aktiviti-aktiviti menangkap hidupan laut untuk mata pencarian seharian mereka dengan menggunakan perahu sebagai alat pengangkutan. Alat ini juga berfungsi sebagai pemudahcara penduduk di Kampong Ayer untuk berhubung di antara satu sama lain.
Teknologi pembuatan perahu di negara Brunei Darussalam dipercayai mempunyai pengaruh daripada masyarakat cina yang mendatang ke negara ini pada zaman dahulu. Menurut sumber–sumber sejarah yang ada telah menyatakan bahawa pedagang dan saudagar Cina bukan sahaja mengambil atau membeli lada yang banyak ditanam di tanah Brunei, malah mereka juga membina kapal-kapal mereka di perairan Sungai Brunei. Tambahan lagi, Sungai Brunei adalah satu-satunya tempat di nusantara yang mempunyai kesesuaian untuk pembinaan kapal-kapal yang besar.
History of Boat Making
Boat-making techniques are one of the cultural heritages of Malay Brunei who live in Kampong Ayer. Boats remained an important mode of transportation for them until today. In the past, people of Kg Ayer saw fishing as one of the main sources of income, making boat-making skills a necessity during their time.
Materials for boat production however, changes through time. While in these modern times people use fiber glasses and planks to make boats, Kg Ayer ancestors used timbers, trees and bamboos. Boat making techniques continue to change through times, adapting to the needs and wants of the people.
Brunei's boat-making technology is believed to draw its influence from the Chinese who migrated into the sultanate and settled in Kg Ayer. Historical evidence suggested that the arrival of Chinese merchants through the Brunei River, which helped the sultanate's economy to flourish, had also given the opportunities for locals to enhance their knowledge in boat production. It was also suggested that the Brunei River was the only suitable port in the archipelago, at that time.
Durong
Durong adalah sebuah pondok khas yang dibina oleh masyarakat berpadi di kawasan berhampiran sawah. Pondok ini berfungsi sebagai penyimpanan padi dan benih padi yang baharu dikatam selama mana ia belum diproses untuk dijadikan beras yang juga merupakan makanan asasi penduduk di negara Brunei Darussalam.
Lazimnya masyarakat yang mengamalkan pembinaan dan penggunaan durong ini adalah di kalangan masyarakat Kedayan, Dusun dan juga Bisaya. Pada masa ini pembinaan dan penggunaan durong sudah semakin kurang diamalkan kerana pelbagai kaedah moden yang dapat digunakan dengan lebih efisien dan selamat.
Durong
Durong is a special hut built by farmers around the vicinity of paddy field. It served as a storage for newly cultivated paddy, where the seeds wil be kept for as long as until it is time to be processed into rice.
Durong is commonly built and used by Kedayan, Dusun and Bisaya communities. Durong however, is no longer significant in these modern times as new techniques can now be utilised by farmers today, which has been proven to be efficient and secure.